Pastu lepas beberapa hari aku tengok satu drama Musang Berjanggut, tengok punya tengok sekali aku tengok ada satu babak tu muncul plak mamat yang aku kenal,’’ini Qash ni bile masa plak jadi pelakon extra ni’’ aku terpikir sambil gelak-gelak..patu baru aku ingat member aku Kuchai ada bagitau yang Qash ni memang ada berlakon sebelum ni tapi aku tak penah pulak tengok...lepas abes jer cerita tu..muncul satu iklan tapi masa tu lagu ost cerita Hooperz...orang cakap cerita pasal bola jaring,tapi tu tak kisah la, layan punya layan sekali tengok Kayan pulak, adoyai tergelak-gelak aku semua masuk tv ni...tapi aku bangga la semua ada cita-cita walaupun belajar tapi dah mencari peluang macam-macam bidang.Cakap pasal filem Hooperz ader satu ost aku suka,yang main lagu tu semua dari scene indie,setiap sorang dari beberapa band kumpul dan cipta band A.P.I perform lagu Pelita,antaranya Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/Butterfingers.Patu aku pon ader teringat yang pakcik aku dulu pun penah jadi extra gak cerita Mawar Merah kot kalau tak silap...tapi scene die memang kelakar...jadi staff kat office patu kamera skali lalu jer tak sampai 5 saat, tapi masuk gak tv ...haha
poster Hooperz
Sekarang aku nak cerita tentang 1 Malaysia? Kat tempat kerja aku korang boleh dengar 4 bahasa, English, Bahasa Melayu, Cina ,Tamil...English mesti guna kalo nak cakap ngan mat salleh, pasal bos-bos besar mat salleh,syarikat aku syarikat dari Sweden, Bahasa Melayu boleh dengar masa orang tengah ramai, pasal Melayu faham tu jer selain English, Cina boleh dengar masa tengah2 malam, masa tu group aku tengah kerja la sebab ramai group aku cina cuma tiga orang jer Melayu dari 8 orang. Tamil boleh dengar group lagi satu, tapi boleh dengar masa dorang dah hampir2 nak balik dalam pukul 9, itu pun tengok jugak sapa yang tengah kerja sebab group dorang ramai Melayu tapi syif lain. Ini aku boleh terima la pasal macam2 bahasa boleh dengar walaupun tak semuanya faham. Tapi ada satu perkara yang entah la 1 Malaysia ker ni? cieritanya macam ni dalam satu hari tu aku penah nampak berbilang2 kaum berpelukan dalam train mula-mula aku nampak cina peluk, aku biarkan jer,lepas tu India, lagi la aku tak naK tengok patu mat salleh relax jer,masa nak balik melayu pulak,aku kata dalam hati aku memang 1 Malaysia la.
No comments:
Post a Comment