Tuesday, May 18, 2010

Happy Birthday to me!!!

yeah im finally 21 start from 18 May 2010!!!
im now legally go for election!!!

Thanks Everyone For Wishing My Birthday
May God Bless You All!!!!!!!!

Friday, May 14, 2010

Televisyen, selebriti dan 1 malaysia?

Sudah lebih dua minggu aku kerja, kerja macam biasa sampai buka komputer dan mula kerja,dah lam gak x jumpa Mr Chan a.k.a ketua group,mana nak jumpa lepas aku balik baru dia datang memang heaven la kerja..tapi sekarang bukan nak cerita pasal ni....kita tgok cerita lain dulu yang kelakar la bagi aku...ceritanya seperti ini masa cuti hari tu Nasrul telefon dia kata dia nampak sesuatu yang menggelikan hati di tv, rupanya dia nampak aku masuk tv la, terus dia telefon aku, masa tu aku pergi rakaman jer at Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral.aku pergi berempat aku,Eah Mili Ika..kitaowg pegi pon pasal nak support Tilu (pasal member2) tapi best gak lagu diorang boleh la nak joget hehe....Kitowang dapat la tengok performance Estranged, Hujan, Awan Band dan Tilu. SSK pun ader gak perform, tapi group ni hip hop tapi boleh la layan gak dulu-dulu masa skolah tingkatan 1 layan gak aper.





Eah-Ika- Mira Tilu- Mili- Aku





Pastu lepas beberapa hari aku tengok satu drama Musang Berjanggut, tengok punya tengok sekali aku tengok ada satu babak tu muncul plak mamat yang aku kenal,’’ini Qash ni bile masa plak jadi pelakon extra ni’’ aku terpikir sambil gelak-gelak..patu baru aku ingat member aku Kuchai ada bagitau yang Qash ni memang ada berlakon sebelum ni tapi aku tak penah pulak tengok...lepas abes jer cerita tu..muncul satu iklan tapi masa tu lagu ost cerita Hooperz...orang cakap cerita pasal bola jaring,tapi tu tak kisah la, layan punya layan sekali tengok Kayan pulak, adoyai tergelak-gelak aku semua masuk tv ni...tapi aku bangga la semua ada cita-cita walaupun belajar tapi dah mencari peluang macam-macam bidang.Cakap pasal filem Hooperz ader satu ost aku suka,yang main lagu tu semua dari scene indie,setiap sorang dari beberapa band kumpul dan cipta band A.P.I perform lagu Pelita,antaranya Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/Butterfingers.Patu aku pon ader teringat yang pakcik aku dulu pun penah jadi extra gak cerita Mawar Merah kot kalau tak silap...tapi scene die memang kelakar...jadi staff kat office patu kamera skali lalu jer tak sampai 5 saat, tapi masuk gak tv ...haha

poster Hooperz
Pelita A.P.I





Sekarang aku nak cerita tentang 1 Malaysia? Kat tempat kerja aku korang boleh dengar 4 bahasa, English, Bahasa Melayu, Cina ,Tamil...English mesti guna kalo nak cakap ngan mat salleh, pasal bos-bos besar mat salleh,syarikat aku syarikat dari Sweden, Bahasa Melayu boleh dengar masa orang tengah ramai, pasal Melayu faham tu jer selain English, Cina boleh dengar masa tengah2 malam, masa tu group aku tengah kerja la sebab ramai group aku cina cuma tiga orang jer Melayu dari 8 orang. Tamil boleh dengar group lagi satu, tapi boleh dengar masa dorang dah hampir2 nak balik dalam pukul 9, itu pun tengok jugak sapa yang tengah kerja sebab group dorang ramai Melayu tapi syif lain. Ini aku boleh terima la pasal macam2 bahasa boleh dengar walaupun tak semuanya faham. Tapi ada satu perkara yang entah la 1 Malaysia ker ni? cieritanya macam ni dalam satu hari tu aku penah nampak berbilang2 kaum berpelukan dalam train mula-mula aku nampak cina peluk, aku biarkan jer,lepas tu India, lagi la aku tak naK tengok patu mat salleh relax jer,masa nak balik melayu pulak,aku kata dalam hati aku memang 1 Malaysia la.



Tuesday, May 4, 2010

Tidur!!




tidur itu nikmat
tidur itu bahagia
tidur itu sihat
tidur itu penawar
tidur itu seni
tidur itu anjakan paradigma




Video Lucu


sources:www.Google.com and www.youtube.com

ps.tidur yang cukup membuatkan badan kita sihat dan ceria sepanjang hari!!!

Work work work!!!

Hari ini cukup seminggu aku kerja.Esok aku cuti,itu pun bos aku macam tak nak bagi jer cuti tu. Banyak perkara yang telah berlaku,walaupun sebenarnya tak banyak sangat pun...haha ayat agak pening...kat mana aku kerja?Mari kita sama sama lihat

Peta perjalanan


Perjalanan aku bermula dari (A)Gombak ke (B)Bangsar
Terdapat 3 ‘mode of transportation’ untuk sampai ke tempat kerja.Masing-masing ada 'pro' dan 'cons':-

1. Kereta-minyak banyak,traffic congestion, tol dan bayar parking tapi selamat dari hujan basah
2. Motor-cepat 30 minit sahaja tanpa berhenti,mudah, minyak pun RM3 jer pegi balik,tak payah tol,parking percuma tapi cuaca meainkan peranan penting
3. Lrt -cepat 45 minit sahaja,mudah,tamabang pergi balik RM 4.80, boleh naik van tapi selalu kena jalan kaki jer

Perkara yang selalu/penting di buat ketika bekerja:
1.6 p.m-10 p.m (selalu)
2.6 p.m -7 a.m (kadang-kadang)
3.Burger beli kat Carrefour
4.Roti beli kat Carrefour
5.Computer(nak buat kerja)
6.Youtube.com (pengubat kebosanan)
7.Tingkat 10 (tempat lepak-pool,surau,wii nintendo tapi cm dh tak boleh pakai jer wii)
8.Card (identification untuk masuk)

Perkara yang dibenci ketika bekerja:
1.Bosan (tak dapat bukak facebook kena block)
2.Perbualan antara pekerja menggunakan bahasa yang kurang faham(ramai cina la)
3.Tandas (takda paip plak guna tisu saja,nasib baik tak penah berak lagi)





ps.aku selalu pergi kerja naik moto jer lebih cepat murah tapi tadi pergi memang cepat dan basah......hujan di tengah jalan, lebih 4 jam dalam kelencunan,sampai sampai cari toilet dulu kasi perah sikit pakaian....argh tension aku...nasib bek la dah lepas