Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan!!





ramadhan telah bermula, aku berazam untuk puasa penoh tahun ni(ayat macam tak puasa penuh plak...haha)aku dan kawan aku ada bukak bazaar...studio,kelas dan bazaar sangat memenatkan...tapi pengalaman itu yang aku cari....hari pertama sangat kelam kabut meja pun tak ada lamabat bukak kedai...mula mula macam tak ada orang nak beli ptu tau tau jer ramai plak meng order sampai ada yang cancel pasal lambat sangat...masuk hari kedua kelam kabut gak...pasal ada kelas tapi ada la sorang dua cabut kelas tak pegi lagipun aku minta tolong Apis Nam..nasib baik dia ada laju plak tu buat kerja...untung hari lagi banyak dari semalam syukur sangat2....





6- 8 Ogos yg lepas Urban and Regional Planning UIA ader organize event Planning Student Assembly...aku involve gak dalam event tu aku incharge Welfare & Logistic so apehal yang melibatkan bas dan tempat tinggal aku dan beberapa orang lagi yang incharge...macam2 masalah ada dhah booking bas cancel plak last2 minit pasal driver ader seminar terpaksa la naik turun office nak settle kan budget bas untuk minta bas luar...patu bas universiti lain pon tak da yang tinggal cume bas dari USM jer...sempoi gila abang driver tu..pada hari kedua dia ikot kitorang pegi KL amek budak sakit la, hantar air pada peserta la....die dah macam comittee kitorang....dia orang utara...kitorang selalu gelak kan dia pasal dia selalu cakap "takpa takpa".....dia tak pernah merungut ok jer....tahun depan PSA dibuat di USM so kitorang ingat tahun depan mahu gegar sama itu USM!!!

Welfare & Logistic Comittee

Friday, June 25, 2010

Cuti Bersama One Piece!!!!!



Sekarang dah cuti dah lepak2 kat rumah......tapi cuti ni aku ader 'mission'.....missionnyer adalah untuk menonton One Piece berulang ulang kali...haha....dh addicted balik plak....dulu aku tgok kat siaran Singapore ngan Indon sebab umah aku anatara paing selatan jadi dapatlah siaran diorang...tapi masa aku tgok One Piece masa sekolah2 tgok kat tv tp skang download saja.....citer ni dh boleh download lama dh tapi aku tak nak tgok pasal macam skang la jadinya 'addicted' sampai tido bila matahari mula malu2 nak naik.

One Piece mengisahkan seorang budak bernama Luffy yang bercita2 untuk menjadi Pirate King...dalam adaventure dia...die kumpulkan kawan2 untuk membantu dia dalam pelayaran....tapi semua rakan2 die ada impian masing2.....oleh kerana itu mereka memerlukan antara satu sama lain....antara kawannya adalah Zoro si Pahlawan Pedang, Ussop si Penembak Tepat, Nami si Penunjuk Arah, Sanji si Tukang Masak, Chopper si Doktor,Robin si Arkeologi,Franky si Tukang Baiki Kapal dan Brook si Pemuzik


Setelah citer ni berjalan...rupa-rupanya Luffy mempunyai latar berlakang kehidupan yang sangat pelik dan menarik...dia bercita-cita untuk menjadi Pirate King, mempunyai seorang abang Ace yang juga seorang lanun dan merupakan ahli Whitebeard yang dikatakan paling hebat di dunia,mempunyai seorang datuk Garp yang berpangkat tinggi di 'Marines',Marine merupakan Pihak Berkuasa di laut, dan mempunyai seorang ayah Dragon seorang revolutionary










Friday, May 14, 2010

Televisyen, selebriti dan 1 malaysia?

Sudah lebih dua minggu aku kerja, kerja macam biasa sampai buka komputer dan mula kerja,dah lam gak x jumpa Mr Chan a.k.a ketua group,mana nak jumpa lepas aku balik baru dia datang memang heaven la kerja..tapi sekarang bukan nak cerita pasal ni....kita tgok cerita lain dulu yang kelakar la bagi aku...ceritanya seperti ini masa cuti hari tu Nasrul telefon dia kata dia nampak sesuatu yang menggelikan hati di tv, rupanya dia nampak aku masuk tv la, terus dia telefon aku, masa tu aku pergi rakaman jer at Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral.aku pergi berempat aku,Eah Mili Ika..kitaowg pegi pon pasal nak support Tilu (pasal member2) tapi best gak lagu diorang boleh la nak joget hehe....Kitowang dapat la tengok performance Estranged, Hujan, Awan Band dan Tilu. SSK pun ader gak perform, tapi group ni hip hop tapi boleh la layan gak dulu-dulu masa skolah tingkatan 1 layan gak aper.





Eah-Ika- Mira Tilu- Mili- Aku





Pastu lepas beberapa hari aku tengok satu drama Musang Berjanggut, tengok punya tengok sekali aku tengok ada satu babak tu muncul plak mamat yang aku kenal,’’ini Qash ni bile masa plak jadi pelakon extra ni’’ aku terpikir sambil gelak-gelak..patu baru aku ingat member aku Kuchai ada bagitau yang Qash ni memang ada berlakon sebelum ni tapi aku tak penah pulak tengok...lepas abes jer cerita tu..muncul satu iklan tapi masa tu lagu ost cerita Hooperz...orang cakap cerita pasal bola jaring,tapi tu tak kisah la, layan punya layan sekali tengok Kayan pulak, adoyai tergelak-gelak aku semua masuk tv ni...tapi aku bangga la semua ada cita-cita walaupun belajar tapi dah mencari peluang macam-macam bidang.Cakap pasal filem Hooperz ader satu ost aku suka,yang main lagu tu semua dari scene indie,setiap sorang dari beberapa band kumpul dan cipta band A.P.I perform lagu Pelita,antaranya Noh Hujan, Lan Typewritter, Din Homatov Estranged, Imran OBS, AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/Butterfingers.Patu aku pon ader teringat yang pakcik aku dulu pun penah jadi extra gak cerita Mawar Merah kot kalau tak silap...tapi scene die memang kelakar...jadi staff kat office patu kamera skali lalu jer tak sampai 5 saat, tapi masuk gak tv ...haha

poster Hooperz
Pelita A.P.I





Sekarang aku nak cerita tentang 1 Malaysia? Kat tempat kerja aku korang boleh dengar 4 bahasa, English, Bahasa Melayu, Cina ,Tamil...English mesti guna kalo nak cakap ngan mat salleh, pasal bos-bos besar mat salleh,syarikat aku syarikat dari Sweden, Bahasa Melayu boleh dengar masa orang tengah ramai, pasal Melayu faham tu jer selain English, Cina boleh dengar masa tengah2 malam, masa tu group aku tengah kerja la sebab ramai group aku cina cuma tiga orang jer Melayu dari 8 orang. Tamil boleh dengar group lagi satu, tapi boleh dengar masa dorang dah hampir2 nak balik dalam pukul 9, itu pun tengok jugak sapa yang tengah kerja sebab group dorang ramai Melayu tapi syif lain. Ini aku boleh terima la pasal macam2 bahasa boleh dengar walaupun tak semuanya faham. Tapi ada satu perkara yang entah la 1 Malaysia ker ni? cieritanya macam ni dalam satu hari tu aku penah nampak berbilang2 kaum berpelukan dalam train mula-mula aku nampak cina peluk, aku biarkan jer,lepas tu India, lagi la aku tak naK tengok patu mat salleh relax jer,masa nak balik melayu pulak,aku kata dalam hati aku memang 1 Malaysia la.



Tuesday, May 4, 2010

Tidur!!




tidur itu nikmat
tidur itu bahagia
tidur itu sihat
tidur itu penawar
tidur itu seni
tidur itu anjakan paradigma




Video Lucu


sources:www.Google.com and www.youtube.com

ps.tidur yang cukup membuatkan badan kita sihat dan ceria sepanjang hari!!!